Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: 6 lokasi catat IPU tinggi
Date: 25-Jun-2014
Category: Malaysia
Source/Author: Harian Metro
Description: Kuala Lumpur: Sebanyak enam lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 5 petang semalam.

Kuala Lumpur: Sebanyak enam lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 5 petang semalam.

Enam lokasi itu ialah Nilai yang mencatatkan IPU 105, Banting 127, Pelabuhan Klang 110, Batu Muda 122, Cheras 102 dan Putrajaya 114.

Berdasarkan rekod laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua lokasi iaitu Nilai serta Banting mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sejak jam 12 tengah hari semalam sebelum empat lagi lokasi meningkat ke paras berkenaan sejam selepas itu. 

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dipengaruhi pencemaran jerebu merentas sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara kini.

Palanivel dalam kenyataan itu berkata, sebanyak 23 titik panas turut dikesan dalam negara iaitu Johor sebanyak satu titik panas, Kelantan (3), Terengganu (1), Selangor (4), Pahang (6), Sarawak (5) dan Sabah (3).

Katanya, kementeriannya menerusi JAS sudah mengambil beberapa langkah pencegahan antaranya mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka di seluruh negara mulai Februari lalu.




[ Back ] [ Print Friendly ]