Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: Banting paling ‘tak sihat’
Date: 25-Jun-2014
Category: Malaysia
Source/Author: Harian Metro
Description: Banting: Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat ekoran fenomena el Nino selain faktor kebakaran hutan dan belukar yang dilaporkan sejak kelmarin.

Banting: Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat ekoran fenomena el Nino selain faktor kebakaran hutan dan belukar yang dilaporkan sejak kelmarin.

Mengikut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di daerah Banting paling teruk apabila bacaan mencatatkan 120 pada tengah hari dan meningkat kepada 126 pada jam 4 petang.

Bacaan yang dikeluarkan setiap dua jam oleh JAS ini menunjukkan jerebu di Selangor bagi kawasan Banting dalam kategori tdak sihat dan disusuli daerah Klang dengan bacaan IPU 108. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima dua laporan kebakaran di kawasan Hutan Simpan Sungai Tengi dan kawasan hutan berhampiran Pulau Kempas di Kilometer 24 Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang kelmarin dan semalam.

Foto

TINJAUAN Harian Metro di sekitar Banting, semalam.


Katanya, kebakaran di Hutan Simpan Sungai Tengi, membabitkan kawasan seluas lima hektar dan ia dikesan pada jam 6 petang semalam.


Menurutnya, Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Kubu Baru, Selayang, Rawang dan Batu Arang bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran sambil dibantu pasukan dari Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). 

“Pasukan berkenaan kini sedang memadamkan kebakaran untuk mengelak daripada merebak,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Menurutnya, bagi kebakaran berhampiran Lebuh raya ELITE, seramai 42 anggota bomba dengan dibantu Jabatan Perhutanan berjaya memadamkan kebakaran membabitkan kawasan seluas seluas dua hektar daripada 39 hektar yang terbakar,” katanya. 

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar daerah ini mendapati rutin harian penduduk sedikit terjejas namun, masih ada yang melakukan aktiviti luar rumah dengan memakai topeng.





[ Back ] [ Print Friendly ]