Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: Hari Tanah Lembap Sedunia 2013
Date: 23-Feb-2013
Category: Malaysia
Source/Author: Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor
Description: Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 telah berlangsung pada 23 Febuari 2013 di Hutan Simpan Raja Musa , Kuala Selangor. Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 telah dijayakan oleh Global Enviroment Center (GEC) , Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor ( MDKS ) .

Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 telah berlangsung pada 23 Febuari 2013 di Hutan Simpan Raja Musa , Kuala Selangor.  Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 telah dijayakan oleh Global Enviroment Center (GEC) , Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor ( MDKS ) .

 

     

 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari Pengarah, Global Enviroment Center (GEC) , Ucapan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor , dan juga Ketua Pengarah  Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ). Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 telah dirasmikan oleh  YB Cik Elizabeth Wong Keat Ping, Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

     

 

Antara lain aktiviti lain yang diadakan bagi Majlis Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 ini adalah aktiviti penanaman pokok di Hutan Simpan Raja Musa , Kuala Selangor. Demontrasi Pemadaman Kebakaran juga turut diadakan oleh Pasukan Bomba. Selain itu juga aktiviti membina sekatan parit  juga turut diadakan .

     

 

Adalah diharap, dengan adanya program seperti ini ianya dapat memberi kesedaran bagi menjaga alam sekitar dan memupuk rasa cinta terhapad alam semulajadi.



[ Back ] [ Print Friendly ]