Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: Beribu Benih Pokok Ditanam Sempena Hari Wetland Sedunia
Date: 20-Feb-2012
Category: Malaysia
Source/Author: http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=tn&id=646486
Description: Kira- kira 300 sukarelawan antaranya kakitangan korporat HSBC Bank Malaysia Berhad dan kanak-kanak sekolah menanam lebih 1,000 benih pokok di Hutan Simpan Raja Musa di sini Sabtu sempena Hari Wetland Sedunia 2012.

KUALA SELANGOR, 18 Feb (Bernama) -- Kira- kira 300 sukarelawan antaranya kakitangan korporat HSBC Bank Malaysia Berhad dan kanak-kanak sekolah menanam lebih 1,000 benih pokok di Hutan Simpan Raja Musa di sini Sabtu sempena Hari Wetland Sedunia 2012.

Program menanam pokok pemulihan itu dijalankan dengan kerjasama kerajaan Selangor, Jabatan Perhutanan negeri, HSBC Bank dan Global Environment Centre (GEC) bertujuan memelihara dan mengekalkan hutan simpan untuk rekreasi dan penyelidikan.

Timbalan pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Selangor, Lee Kim Sin, berkata projek itu adalah sebahagian daripada usaha memulih 23,000 hektar hutan paya gambut Raja Musa kerana kira-kira 1,000 hektar kawasan di situ sudah dicerobohi secara haram.

"Kawasan yang terjejas akibat pencerobohan haram itu sangat-sangat memerlukan usaha pemulihan. Oleh kerana itu program penanaman pokok dapat mengembalikan hutan tanah paya gambut," katanya selepas melancarkan Hari Wetland Sedunia 2012 di hutan simpan tersebut di Bestari Jaya di sini.

Hutan Simpan Raja Musa yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Sg Karang adalah salah satu kawasan hutan tanah gambut yang masih kekal di Semenanjung Malaysia.

-- BERNAMA



[ Back ] [ Print Friendly ]