Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: Hutan paya penting bagi mengurangkan kesan perubahan iklim
Date: 24-Mar-2012
Category: Brunei Darussalam
Source/Author: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi & Mohd. Fathullah Fuad Haji Abdullah, Pelita Brunei
Description: BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Mac. - Persidangan Antarabangsa Hutan Paya 2012 (The International Conference on Wetland Forests 2012) sebagai wadah penting bagi memacu Negara Brunei Darussalam dalam memajukan ekonomi hijau sebagai tonggak penting kepelbagaian ekonomi.

Hutan paya penting bagi
mengurangkan kesan perubahan iklim

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Mac. - Persidangan Antarabangsa Hutan Paya 2012 (The International Conference on Wetland Forests 2012) sebagai wadah penting bagi memacu Negara Brunei Darussalam dalam memajukan ekonomi hijau sebagai tonggak penting kepelbagaian ekonomi.

Ini adalah penting dalam inisiatif negara untuk mengembangkan kemampuan bukan sahaja dalam perbincangan kepentingan ekosistem malah bagi pembangunan mampan generasi yang akan datang.
Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar berucap demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Hutan Paya 2012 berlangsung pagi tadi di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong di sini.
Yang Berhormat berkata, hutan paya adalah gedung karbon yang penting disebabkan karbon-karbon itu terhasil dari bahan-bahan organik yang telah terkumpul bertahun-tahun lamanya.
Hutan-hutan paya itu jelasnya, adalah penting dalam mengurangkan kesan perubahan iklim dan biodiversiti di samping banyak membantu kitaran hidrologi.

Terdahulu, Yang Berhormat menyatakan, hutan Negara Brunei Darussalam meliputi sekitar 75 peratus daripada keluasan tanah negara yang berjumlah 576,500 hektar dan sebanyak tujuh jenis hutan ditemui termasuk tiga jenis adalah hutan paya.

Hutan-hutan tersebut termasuk tanah gambut, paya air tawar dan hutan bakau yang meliputi sekitar 15 peratus dari jumlah kawasan tanah 86,648 hektar.

 

Beberapa hutan berkenaan katanya, dimajukan seperti taman-taman rekreasi termasuk Taman Rekreasi Hutan Luagan lalak yang menjadi tempat bagi pelancaran Hari Perhutanan Sedunia 2012 dan juga Taman Warisan Kebangsaan ASEAN Tasek Merimbun.

Yang Berhormat juga berharap persidangan itu akan dapat melestarikan pengurusan hutan-hutan paya, keupayaannya dari segi ekonomi serta pelan tindakan dan strategi dalam aspek perdagangan.


[ Back ] [ Print Friendly ]